Kerjaya sebagai penghantar makanan Misi Rakyat

Read Time:1 Minute, 35 Second

WARGA Segamat yang berminat nak menjana pendapatan boleh sertai kerjaya sebagai penghantar makanan atau ‘rider’ jenama Misi Rakyat.

Baru-baru ini, wartawan INFO SEGAMAT dijemput hadir ke mesyuarat khas membincangkan program terkini dan gerak kerja Misi Rakyat yang diadakan di kedai makan Dapur Nissa, bawah bowling Sri Genuang.

Diperhatikan, kebanyakan rakan penghantar makanan yang menghadiri mesyuarat berkenaan adalah terdiri daripada mereka yang pernah menjadi penghantar makanan beberapa syarikat sebelum ini.

Mereka kini sudah mula beralih kepada syarikat penghantar makanan yang baru iaitu Misi Rakyat disebabkan manfaat yang lebih baik diterima kepada ‘rider’.

Menurut Pengerusi Misi Segamat, Mohd Atiqur Rahman, Misi Rakyat Segamat sedang berusaha untuk menambah lagi bilangan ‘rider’ bagi memberi peluang kepada warga Segamat menjana pendapatan dalam bidang penghantar makanan.

Berikut 6 kelebihan menjadi ‘rider’ Misi Rakyat:

  1. Oleh kerana Misi tidak menjana profit daripada Vendor, maka Upah Runner adalah berdasarkan jarak yang dibayar oleh Customer sahaja.
    Motor RM4.99 / 5km pertama
    Seterusnya 90sen setiap 1km
    Kereta RM8 / 5km pertama
    Seterusnya RM1.60 setiap 1km
  2. Anti-Sidai depan kedai, runner akan diberikan masa persiapan order oleh vendor supaya Runner datang hanya apabila order hampir siap.
  3. Payout Pantas dalam masa 24 Jam dari saat request dilakukan. Kecuali hari Sabtu & Ahad kerana Bank Offline.
  4. Anti-Prank Order kerana pembelian di app Misi hanya melalui Online Bank In ataupun E-Wallet.
  5. Sistem Pasif Income Seumur Hidup disediakan untuk Runner membina database Customer mereka setiap kali selesai misi. Apabila customer-customer tersebut membeli di Misi, Runner akan mendapat 1 peratus dari setiap jualan!
  6. Bebas bekerja ikut masa tersendiri. Fulltime atau Part time dibenarkan. Kadar profit runner tidak akan terjejas.

Warga Segamat yang berminat menjadi ‘rider’ sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa boleh datang terus ke kedai makan Dapur Nissa bawah bowling Sri Genuang.

Kedai makan Dapur Nissa yang dibuka pada waktu pagi, petang dan malam itu sering menjadi tempat perjumpaan ‘rider-rider’ Misi Rakyat. Boleh dapatkan maklumat lanjut di situ.

#misirakyatsegamat
#peluangkerjasegamat

About Post Author

admin

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post Pembinaan 287 menara komunikasi di Johor bantu capaian internet 100 peratus
Next post PM yakin PTP mampu jadi hab logistik terbaik dunia
Close

STATISTIK

  • 0
  • 0
  • 1,109
  • 2,519
  • 1,792
  • 7