SEGAMAT kini mempunyai satu tempat daya tarikan terbaharu apabila taman rekreasi keluarga, Walters Farm yang terletak di Batu 3, Jalan Muar-Jementah, bersebelahan stesen minyak Petronas dibuka secara rasminya untuk pengunjung pada hari ini, Jumaat, 15 Julai 2022.
Ia bukan sahaja menarik warga Segamat malah juga mendapat perhatian daripada pelancong luar untuk berkunjung bersama keluarga untuk ke tempat berkenaan.

Walters Farm yang beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu memulakan pembinaannya dua tahun yang lalu iaitu tepat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP1) dilaksanakan.
Keunikan taman rekreasi yang berkeluasan enam hektar itu ialah ia menggabungkan lima konsep dalam satu tempat iaitu taman rekreasi, mini zoo, rumah rehat dusun, taman permainan kanak-kank dan taman tema air. Sudah tentu pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan di situ bersama keluarga.
Bermula di bahagian hadapan selepas pintu masuk (pintu gerbang) menempatkan bangunan utama berwarna biru yang terletak di bahagian kiri, menempatkan Kaunter Penerimaan dan Tiket.
Bertentangan dengan kaunter tiket adalah Farmshop 1, tempat orang ramai menyewa kedai loker persegi untuk menjual produk mereka seperti kraf DIY, sarung telefon, produk penjagaan kulit dan lain-lain di samping perkhidmatan percetakan seperti pakaian, mug dan cetakan-cetakan lain.
Manakala Farmshop 2 yang terletak di bahagian tengah bangunan utama, berhadapan dengan tempat permainan kanak-kanak pula menjual makanan ringan, minuman ringan, aiskrim, cenderahati dan beberapa keperluan harian lain.
Di banguan utama juga terdapat Clubhouse iaitu tempat pengunjung berkumpul untuk berhibur atau pun mengadakan seminar secara berkumpulan.
Mini Zoo
Paling menarik dan menjadi tumpuan pengunjung adalah Mini Zoo yang terletak selepas payung tergantung berwarna-warni serta berhadapan dengan Clubhouse.
Mini Zoo yang dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.30 petang ini menarik kerana ia menempatkan 80 jenis spesies haiwan di situ. Pengunjung boleh mengadakan lawatan sambil belajar dan melihat lebih dekat lagi tentang spesies hidupan liar yang berada di Mini Zoo.
Jenis-jenis haiwan yang terdapat di Mini Zoo antaranya burung kakak tua yang cantik, burung merak, burung merpati, burung hantu, bunglon, musang, landak, tupai, kancil, arnab dan banyak lagi. Pengunjung berpeluang memberi makan dan membelai empat jenis haiwan selain boleh berswafoto bersama haiwan-haiwan di situ.
Aktiviti Outdoor
Pelbagai aktiviti luar (ourdoor) disediakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak seperti kolam jambatan pengembaraan, kolam ombak, taman air, bersiar-siar di atas jambatan gantung dan kolam menangkap ikan.
Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menunggang Kuda atau bersiar-siar mengelilingi kawasan Walters Farm dengan menaiki kereta kuda.
Walters Farm turut menyediakan aktiviti ekstrem iaitu pemanduan ATV (All-Terrain Vehicle) dan UTV (Utility Vehicle) sebagai salah satu tarikan daya menarik. Ia merupakan sejenis motor bertayar empat yang lazimnya digunakan di kawasan lasak seperti hutan, paya dan tanah tidak rata.
Admin perhatikan terlalu banyak pemandangan atau ‘view’ yang sangat menarik di mana pengunjung boleh mengambil gambar di pelbagai tempat di keseluruhan taman rekreasi Walters Farm.
Makan & Minum
Kalau perut lapar tak perlu risau nak keluar cari makanan dan minmuman kerana Walters Farm mempunyai Kedai Makan & Minuman yang menepati selera pengunjung pada waktu siang dan malam.
Chengal Cafe yang terletak di pintu gerbang masuk belah kanan dan dibuka pada 7 pagi hingga 10 malam menyajikan ‘breakfast’, makanan barat, makanan ringan serta beberapa hidangan Asia di samping minuman kopi, teh dan pencuci mulut.
Setiap hujung minggu akan ada satu menu ‘special’ disediakan untuk pengunjung. Antaranya termasuk Harimau Menangis, Nasi Goreng Kampung, Kerabu Mee Hoon, dan lain-lain. Selepas jam 6 petang, hanya makanan ringan, sampingan, minuman dan pencuci mulut sahaja disediakan.
Di sebelah Chengal Cafe terdapat Fruit Valley yang dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang, menyajikan wafel, ais kacang, jus dan jus campur ais.
Satu lagi tempat makanan dan minuman disediakan ialah Restoran Outdoor, berkonsepkan Food Court dibuka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Ia terletak bertentangan dengan kawasan penginapan Farmstay, menyajikan makanan Melayu, makanan Cina, beberapa makanan Barat, makanan laut (seafood), ikan bakar di samping pelbagai jenis minuman.

Chengal Cafe dan Restoran Outdoor turut dibuka kepada orang luar, tidak dikhususkan semata-mata untuk pengunjung taman rekreasi sahaja. Bermakna warga Segamat semua boleh datang pada waktu yang ditetapkan untuk menjamu selera di dua tempat makan dan minuman berkenaan.
Penginapan
Pengunjung juga tidak perlu risau memikirkan tempat untuk bermalam sekiranya tidak puas menikmati segala aktiviti luar atau melawat Mini Zoo kerana pihak Walters Farm turut menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan mendamaikan untuk seisi keluarga.
Apa yang menariknya, bilik penginapan yang dikenali dengan nama Farmstay ini disediakan dengan corak yang berwarna-warni di samping mempunyai reka bentuk dalaman yang ringkas dengan dinding hijau epal dan semua bilik adalah dalam saiz yang sama.
Farmstay mempunyai 20 bilik yang boleh memuatkan 2 hingga 4 orang dalam satu bilik. Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan penghawa dingin (aircond) dan televisyen.
Pengunjung boleh menempah beberapa pilihan bilik yang disediakan, antaranya:
1) Superior Twin untuk 2 pax -2 katil Single
2) Superior Deluxe untuk 2 pax -1 katil Queen
3) Family Deluxe untuk 3 orang – 1 katil Queen dan 1 katil single
4) Suite Keluarga untuk 4 orang – 2 katil Queen
Pengunjuang yang menginap di Farmstay akan mendapat diskaun 15 peratus untuk sarapan di Chengal Cafe dan diskaun 15 peratus untuk tiket aktiviti.
Di samping bilik penginapan, Walters Farm juga turut menyediakan kemudahan Kem Mongolia serta tapak perkhemahan bagi penginapan alternatif.
Kadar harga tiket aktiviti di Walters Farm
Promosi Khas
Kadar harga penginapan di Farmstay
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, boleh hubungi:
Pengurus
Walters Farm, Segamat
📌 Lot 463 & 444, Batu 3
Jalan Segamat – Jementah
Mukim Gemereh, Segamat, Johor
⏰ : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
📲 : 016-613 6281
Begitu sepintas lalu yang admin boleh ceritakan mengenai taman rekreasi Walters Farm. Admin sudah rasa pengalaman menarik dua hari berada di situ.
Jika suka dengan info ini, LIKE dan SHARE kepada kawan-kawan, boleh pakat sama-sama pergi ke Walters Farm.