BERITA baik untuk warga Segamat yang sedang tercari-cari peluang pekerjaan.
Pelbagai jawatan kosong menanti anda di Karnival Rakyat Myfuturejobs Sekijang 2024 anjuran Pejabat PERKESO Segamat dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang dan Persatuan Kebajikan Skuad Adil Sekijang mengikut ketetapan berikut:
Karnival berkenaan bakal diadakan di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat pada 16 November 2024 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir kerana terdapat 200 jumlah kekosongan jawatan disediakan melalui 10 majikan yang berdaftar seperti di bawah ini:
- IOI PALM WOOD SDN BHD
- HEVEABOARD BERHAD
- 99 SPEEDMART SDN BHD
- MEDIVEST SDN BHD
- BOSTA HQ SDN BHD
- D’ JUE WELLNESS SDN BHD
- POLIKLINIK PENAWAR LABIS
- ES TEAM AUTO SDN BHD (3S)
- IOI PLANTATION SDN BHD (SEGAMAT ESTATE)
- JERNIH KEMBOJA SDN BHD
Calon yang hadir digalakkan mendaftar di pautan pra-pendaftaran ini: https://bit.ly/PRAKKPARLIMENSEKIJANG
Calon juga perlu hadir dengan berpakaian kemas dan pastikan membawa salinan ‘resume’ atau CV beserta sijil-sijil berkaitan semasa menghadiri temu duga mengikut bilangan jawatan yang dipohon.
Setiap calon boleh melayari laman sesawang www.myfuturejobs.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong serta membuat permohonan pekerjaan.
Pakat dengan kawan-kawan ‘share’ info karnival ini dan ajak kawan-kawan datang sekali! Simpan tarikh 16 hb ni! Jumpa anda di sana!