Warga Segamat disaran memohon perumahan rakyat

Read Time:3 Minute, 51 Second

GEMAS BARU, 18 Nov – Warga Segamat disaran supaya memohon perumahan rakyat Negeri Johor secara dalam talian. Saranan ini diajukan oleh Ahli Parlimen Segamat, YB Yuneswaran Ramaraj.

“Saya minta penduduk yang belum ada rumah sendiri supaya memohon perumahan rakyat. Jika tidak memohon, bagaimana kerajaan hendak tahu berapa banyak jumlah pemohon dari Segamat supaya akan datang kerajaan boleh menambah projek pembinaan perumahan rakyat di Segamat.

“Ini adalah matlamat penting sebab setiap rakyat Malaysia kena ada rumah sendiri. Berapa lama kita hendak duduk di dalam rumah sewa?” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada penduduk Taman Anggerik, Gemas Baru, Segamat pada program Siri Kaunter Bergerak Parlimen Segamat, semalam.

Ahli Parlimen Segamat, YB Yuneswaran Ramaraj berucap di hadapan penduduk Taman Anggerik, Gemas Baru, Segamat, semalam.

Program Siri Kaunter Bergerak berkenaan adalah inisiatif pejabat Parlimen Segamat yang bertujuan untuk mendekati dan menyelami permasalahan rakyat.

Ketika ditemu bual Info Segamat sejurus selepas program berkenaan, Yuneswaran memberitahu, beliau ada membangkitkan isu perumahan rakyat dalam Parlimen supaya meminta Kerajaan untuk membina rumah mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Parlimen Segamat.

“Oleh sebab itu, kita berjumpa dengan penduduk supaya mereka boleh mendaftar perumahan rakyat secara online supaya dapat mewujudkan satu pangkalan data. Apabila permohonan dilakukan secara tidak langsung kita dapat jumlah angka berapa ramai yang mohon. Ini akan menjadi satu bukti kepada Kerajaan bahawa memang ada permintaan yang tinggi di Segamat.

“Jadi saya menggalakkan mereka yang ada keinginan untuk membeli rumah sendiri, sila mohon secara online. Maklumat-maklumat yang diterima akan diteliti oleh Kerajaan. Contoh tiba-tiba di Segamat ada 20 atau 50 orang membuat permohonan, jadi Kerajaan dah ada datanya.

“Projek PPR memang ada tetapi tetapi di Kluang Johor. Kita harap akan tiba di Segamat supaya kita boleh bantu masyarakat di Segamat memiliki rumah sendiri. Masih ramai yang duduk dalam rumah sewa. Justeru, Kerajaan wajar pertimbangkan dan perhalusi semua permintaan rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang,” katanya lagi.

Yuneswaran bersemuka dengan penduduk.

Mengulas mengena program Siri Kaunter Bergerak, Yuneswaran menjelaskan, ia adalah satu bentuk aktiviti yang bertujuan untuk bertemu dengan penduduk secara langsung.

“Kebanyakan penduduk di Parlimen Segamat berada jauh dari pejabat saya. Jadi mereka tidak dapat hadir untuk menyuarakan segala permasalahan yang mereka hadapi.

“Maka program ini merupakan satu inisiatif daripada Pejabat Parlimen Segamat untuk kita turun ke kawasan-kawasan dan bersama dengan penduduk. Itu sebabnya diwujudkan kaunter bergerak.

Kaunter Bergerak tinjaun permasalahan rakyat lebih dekat.

“Untuk Taman Anggerik ini adalah kali pertama kita buat di mana kita menjemput Ahli Majlis duduk bersama supaya kita boleh mendengar isu-isu masyarakat dengan lebih dekat.

“Apa-apa isu sama ada berkenaan dengan Majlis, ada isu berkenaan dengan Pejabat Daerah ataupun perkara yang boleh kami beri bantuan daripada pejabat saya, maka kami selaraskan tugas-tugas untuk memudahkan proses bantuan dilaksanakan,” jelas beliau.

Jelasnya lagi, antara isu-isu yang dibangkitkan penduduk yang kebanyakannya berkaitan dengan Majlis adalah seperti isu longkang, tebang pokok, ‘landscaping’ dan lampu tiang.

Penduduk taman Anggeri mendengar penerangan daripada Ahli Majlis

“Isu yang kedua ialah berkaitan kebajikan, tidak dapat bantuan dan sebagainya yang mana kita perhatikan mereka ini tidak tahu kaedah sebenar bagaimana untuk membuat permohonan.

“Bagaimana cara kita bantu? Kita selaraskan tugas-tugas yang melibatkan agensi Kerajaan. Contohnya Baitulmal dan pejabat-pejabat Kebajikan Masyarakat. Ada perkara yang kita bantu segera contohnya tiba-tiba berlaku kemalangan atau ada kematian, kita beri bantuan secara ‘one off’.

“Ada yang memohon berkaitan isu-isu PERKESO kerana sebelum ini mereka tidak mendapat sebarang maklumat. Jadi kita buat semakan dan bantu sampaikan maklumat yang tepat kepada mereka.

“Sebenarnya, program masyarakat ini banyak kali kita buat. Cuma secara rasminya yang melibatkan pasang khemah, ini kali pertama. Sebelum ini kita memang ada berjumpa dengan masyarakat di kedai-kedai kopi dan sebagainya. Secara bersasar, ini kali pertama kita mulakan,” kata Yuneswaran.

YB Yuneswaran ditemu bual INFO SEGAMAT selepas program. Foto Azim.

Beliau juga berharap supaya pembangunan di sekitar daerah Segamat terus dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat.

“Rakyat mahu lihat pembangunan dari segi infrastruktur dan peluang-peluang pekerjaan itu dipertingkatkan. Banyakkan lagi tempat ataupun kilang-kilang dibuka supaya boleh diwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan agar rakyat Segamat tidak berhijrah ke bandar-bandar besar.

“Lagi susah sebenarnya jika mereka berhijrah ke bandar disebabkan kos sara hidup yang lebih tinggi. Jadi kita nak rakyat Segamat duduk di Segamat, mendapat satu rumah yang selesa dan juga ada peluang pekerjaan yang baik. Ini matlamat yang kita harapkan,” katanya lagi.

About Post Author

Rudy AS

Pengarang yang telah melibatkan diri dalam bidang penerbitan media cetak selama lebih dari 20 tahun. Mengasaskan beberapa majalah untuk pelanggan di samping menjadi 'Ghoswriter' untuk penerbitan media dalaman pelanggan. Juga pengasas kepada syarikat penerbit penulisan dan penyiaran berita di bawah jenama SUKSES NEWS.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
100 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post Karnival Rakyat MyFutureJobs Sekijang 2024 tawar 500 peluang pekerjaan
Next post Catatan perjalanan seorang pengarang
Close

STATISTIK

  • 4
  • 3
  • 1,109
  • 2,519
  • 1,792
  • 57