Bantuan Kasih Murid Johor 2024

RM2.8 juta Program Bantuan Kasih Murid Johor 2024 bantu ringan beban keluarga B40

Read Time:1 Minute, 18 Second

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memperuntukan RM2.8 juta untuk melaksanakan program Bantuan Kasih Murid Johor 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, kerajaan negeri besetuju untuk membantu murid-murid sekolah yang kurang berkemampuan dengan memberi bantuan persekolahan bagi meringankan beban ibu bapa.

“Program ini merupakan program yang pertama kali kerajaan negeri melaksanakannya dan ianya diberikan kepada keluarga berpendapatan B40.

“Program ini akan dijalankan oleh semua Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Johor dan Bantuan Kasih Murid Johor ini merupakan hasrat Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi selain bertujuan untuk meringankan perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Program Bantuan Kasih Murid Johor 2024 di Pasir Gudang hari ini.

Aznan berkata, pelaksanaan bantuan itu memberi manfaat kepada kira-kira 11,200 pelajar seluruh negeri ini.

“Program pelancaran Bantuan Kasih Murid Peringkat Negeri Johor pada hari ini akan berlanjutan ke 56 kawasan DUN negeri yang akan bermula serentak (hari ini) sehingga 7 Mac ini.

“Setiap DUN menerima RM50,000 ia melibatkan semua bantuan-bantuan asas dan ia merupakan bantuan one off kepada semua yang memerlukan bantuan,” katanya.

Batuan itu juga diberikan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia dan juga bagi memotivasikan lagi murid-murid untuk mendapatkan bantuan pendidikan yang lebih baik untuk masa depan mereka.

Dalam pada itu, Aznan turut mengingatkan ibu agar menggunakan sebaiknya bantuan yang diterima mereka.

Program Bantuan Kasih Murid Johor juga telah mendapat sokongan beberapa agensi dalam menjayakan hasrat Kerajaan Negeri Johor antaranya ialah Yayasan Pelajaran MARA.-MalaysiaGazette

About Post Author

admin

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post Hari Tentera Darat ke-91 pertama kali diadakan di Segamat
Next post Onn Hafiz bertemu 40 syarikat pelabur berpotensi di China
Close

STATISTIK

  • 4
  • 3
  • 1,109
  • 2,519
  • 1,792
  • 5