Program ‘Business Pitching’ anjuran MAINJ dan Kolej Komuniti Segamat bantu usahawan retort

Read Time:2 Minute, 39 Second

MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat (KKS) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan program ‘Business Pitching’ Modul Keusahawanan TVETpreneurship Usahawan Teknologi Retort 2024 bertempat di Dewan Latihan KKS, Bandar IOI, Segamat, semalam.

Program yang bertujuan membantu pengusaha produk makanan daerah Segamat itu menampilkan enam peserta usahawan bimbingan MAINJ membuat pembentangan dan persembahan produk masing-masing dengan dinilai oleh panel daripada pihak MAINJ, usahawan industri, perbankan dan pemimpin masyarakat.

Pengusaha pelbagai aneka laksa, Siti Sainiza Saidin, membentangkan salah satu produk keluaran syarikatnya, Warisan Indi Network.

Info Segamat berpeluang menyaksikan beberapa pembentangan usahawan di samping menemu bual tenaga pengajar Keusahawanan KKS dan panel penilai program berkenaan.

Untuk makluman, retort adalah teknologi baharu pembungkusan makanan yang membolehkan makanan yang dihasilkan tahan lebih lama sehingga 2 tahun, tanpa sebarang penggunaan pengawet.

Menurut Tenaga Pengajar Program Keusahawanan, Rosnani Yahya, Program Pembangunan Usahawan Teknologi Retort merupakan kerjasama di antara MAINJ dan KKS.

Rosnani Yahya.

Sungguhpun baru pertama kali diadakan, program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha produk makanan Daerah Segamat.

“Kalau diikutkan ada 10 orang yang sertai, tetapi setelah melalui proses temu bual, hanya enam orang yang betul-betul layak untuk dibimbing serta produk yang berpotensi untuk diketengahkan.

“Program Pembangunan Usahawan Retort ini adalah lebih kepada penerapan ilmu bagaimana hendak mengendalikan pemakanan dalam bentuk retort.

“Semua peserta diberikan kursus selama 10 hari untuk belajar kemahiran dalam bidang teknologi retort,” katanya kepada INFO SEGAMAT.

Pengusaha perniagaan ayam percik dan sambal kacang, Siti Nooridayu Parman menerangkan produk keluaran syarikatnya, Aisydina Agrofarm kepada para penel penilai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap menyambut baik penganjuran program berkenaan.

Beliau yang menjadi salah seorang panel penilai berkata, Kolej Komuniti Segamat telah mengambil peluang untuk memperkenalkan usahawan-usahawan Segamat dengan teknologi baru dan juga kaedah sistem pengajaran untuk membantu usahawan menghasilkan produk makanan teknologi pembungkusan terkini.

“Saya berharap, kita dapat teruskan lagi penganjuran program sebegini pada masa yang akan datang. Mungkin ada usahawan-usahawan lain yang boleh kita perkenalkan untuk dibantu supaya mereka boleh menghasilkan produk lain yang lebih berkualiti sehingga boleh dipasarkan ke luar Negara.

“Sebagai contoh, apabila kita pergi ke luar Negara, kita ada masalah untuk mendapatkan makanan yang halal. Justeru, masalah ini adalah satu potensi ataupun peluang besar untuk memasarkan produk halal kita ke luar Negara,” katanya.

Beliau menjelaskan, dengan adanya usaha Kolej Komuniti Segamat bersama pihak lain yang terlibat seperti MAINJ dan Agrobank boleh bantu usahawan bukan setakat untuk meretort produk-produk mereka, malah dapat juga membantu aspek keperluan usahawan dari segi hendak mengembangkan perniagaan. Contoh hendak beli mesin, membesarkan bengkel dan sebagainya.

“Jadi kita berharap, bermula dengan enam orang usahawan yang pertama kali kita perkenalkan ini, kalau program ini menampakkan hasil yang baik, boleh diteruskan lagi pasa masa akan datang,” jelasnya lagi.

Wartawan Info Segamat (kiri sekali), menemu bual ADUN Pemanis, YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap sambil disaksikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Segamat, Zahid Daim dan Tenaga Pengajar Program Keusahawanan, Rosnani Yahya.

 

#kolejkomunitisegamat

#tvetpreneurship

#infosegamat

#segamatjohor

#segamat

About Post Author

admin

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post 602,619 pelajar di Johor lapor diri sesi persekolahan baharu 2024/2025
Next post Walters Farm daya tarikan terbaharu warga Segamat
Close

STATISTIK

  • 0
  • 0
  • 1,109
  • 2,519
  • 1,792
  • 9