Pelaburan baharu firma antarabangsa cipta lebih banyak peluang kerja di Johor

Read Time:1 Minute, 41 Second

JOHOR BAHRU – Projek baharu termasuk pelaburan strategik bernilai kira-kira RM893 juta (AS$190 juta) daripada pelaburan baharu syarikat antarabangsa di Johor dijangka mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bertitah lebih banyak peluang pekerjaan baharu akan dapat diwujudkan beberapa tahun akan datang susulan langkah proaktif kerajaan Johor mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Baginda bertitah, Johor akan menjadi negeri pertama menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan Ahad lalu.

“Kerajaan Johor menerusi Johor Plantations Group Bhd (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.

“Kerajaan Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan JS-SEZ dengan ia bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira RM893 juta (AS$190) ke negeri ini.

“Projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun yang akan datang,” titah baginda dalam kenyataan dimuat naik di akaun Facebook, hari ini.

Ahad lalu, Johor dilaporkan menjadi negeri pertama di negara ini menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, hasrat Johor itu akan dicapai dengan penubuhan JTDC.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, penubuhan JTDC itu amat penting dalam memastikan tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat dibekalkan susulan penawaran sebanyak 100,000 pekerjaan berkemahiran tinggi yang bakal wujud di negeri itu.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan turut akan dinaik taraf dalam masa terdekat.

“Kerja naik taraf akan dilakukan sebelum dua lokasi itu dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di negeri ini.

“Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19,” titah baginda.

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Hari-inovasi-jabatan-pertanian-negeri-johor Previous post Hari Inovasi 2024 iktiraf mereka yang berjaya tingkatkan produktiviti pertanian
Next post Jawatan Kosong Yes Gadget
Close

STATISTIK

  • 4
  • 3
  • 1,109
  • 2,519
  • 1,792
  • 4