Hari-inovasi-jabatan-pertanian-negeri-johor

Hari Inovasi 2024 iktiraf mereka yang berjaya tingkatkan produktiviti pertanian

Read Time:1 Minute, 14 Second

JOHOR BAHRU – Inovasi yang melibatkan kaedah pengubahsuaian dan penambahbaikan termasuk penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian memainkan peranan sangat penting untuk meningkatkan produktiviti aktiviti serta pengeluaran hasil sekali gus menjayakan agenda keterjaminan bekalan makanan.

Disokong dengan kreativiti, penggunaan pelbagai mekanisasi seperti penggunaan teknologi dron dan kewujudan platform pemasaran dalam talian telah memudahkan serta memberikan manfaat besar kepada rakyat khususnya pengusaha sektor pertanian dan agro makanan.

Sehubungan itu, Jabatan Pertanian Negeri Johor menganjurkan Sambutan Hari Inovasi 2024 yang diadakan di Hotel Trove, Johor Bahru, semalam.

Acara tahunan itu diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang telah berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan dan memberi impak besar kepada perkembangan serta kemajuan yang terbaik di dalam sektor pertanian.

Ia juga dapat mengambarkan komitmen Jabatan Pertanian menghasilkan inovasi berimpak tinggi kepada sektor agromakanan negara.

Pengerusi Jawatankusa Pertanian, Industri Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Zahari Sarip telah merasmikan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2024.

Turut hadir adalah Pengarah Pertanian Negeri Johor, YBhg. Tuan Haji Yosri Mohd dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor (Operasi), Mohd Suffian Aizudin Mohd Salleh.

penerima-anugerah-Hari-inovasi-jabatan-pertanian-negeri-johor

Sambutan yang bertemakan “INOVASI KREATIF JOHOR PRODUKTIF” itu turut melibatkan seramai 49 penerima Anugerah dari pelbagai kategori antaranya Anugerah Inovasi Kategori Pegawai, Anugerah Inovasi Kategori Petani dan Anugerah Khas Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Semoga warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor terus kekal berinovasi dan berdaya kreatif serta usasha yang lebih gigih dalam memastikan sektor pertanian terus berkembang maju.

 

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Johor

 

About Post Author

Editor

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Previous post Kerjaya sebagai Penulis
Next post Pelaburan baharu firma antarabangsa cipta lebih banyak peluang kerja di Johor
Close

STATISTIK

  • 4
  • 3
  • 1,109
  • 2,519
  • 1,792
  • 6