Program ‘Perwiraku” kenang jasa veteran Tentera Daerah Segamat

Read Time:1 Minute, 45 Second

PERTUBUHAN Kebajikan dan Pemikir Segamat (Pemikir Segamat) dengan kerjasama Pejabat Pegawai Daerah Segamat petang tadi menganjurkan program “Perwiraku” yang diadakan di pusat beli-belah Segamat Central Shopping Mall.

Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Othman Haji Jais selaku Timbalan YDP Majlis Kebudayaan Negeri Johor merangkap Naib Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Segamat telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih 50 ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia cawangan Segamat dan disaksikan oleh orang awam yang berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Veteran Tentera Segamat, Kepten (B) Ismail Jamil menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemikir Segamat dan Pejabat Pegawai Daerah Segamat atas inisiatif julung kali menganjurkan program berkenaan.

“Program hari ini bertujuan mengenang jasa para perwira sempena dengan sambutan 65 tahun kemerdekaan tanah air dan juga sambutan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai 2022,” katanya dalam ucapan aluan.

Dato Haji Othman Haji Jais pula berkata, program itu merupakan satu usaha yang baik bagi mencapai matlamat penubuhan pertubuhan kebajikan seperti mana yang dilakukan oleh Pemikir Segamat.

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar badan-badan NGO yang ada di daerah Segamat supaya duduk semeja bagi membincangkan secara bersama untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan di daerah Segamat.

Program berkenaan turut menjemput balu Allahyarham Lans Koperal Omran Ahmad, puan Aminah Kojeng yang berkongsi cerita serta pengalaman beliau semasa zaman komunis di mana suaminya terkorban akibat serangan hendap Komunis.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera hati barangan dan wang tunai serta sijil sumbangan dari Pegawai Daerah Segamat kepada 10 orang ahli veteran yang pernah bertugas di perbatasan dan medan tempur.

Pengerusi Pemikir Segamat, Zulkarnain Darmuji mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama kepada Pegawai Daerah Segamat Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Dato Haji Othman Haji Jais dan Kapten (B) Ismail Jamil yang memberi sokongan serta komitmen yang penuh dalam membantu menjayakan program sehingga majlis tamat.

Juga tidak lupa kepada AJK Pemikir Segamat, Normala Sudirman yang sudi mendeklamasikan sajak di awal program berkenaan di samping tuan rumah Segamat Central Shopping Mall yang sudi bekerjasama menyediakan pentas bagi merealisasikan program berkenaan. Semoga majlis ini dapat diteruskan di masa datang.

About Post Author

admin

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %
Info Segamat Next post Info Segamat bukan sekadar portal berita, pemangkin pembangunan ekonomi warga Segamat
Close

STATISTIK

  • 0
  • 0
  • 1,109
  • 2,519
  • 1,792
  • 3